Monday, October 01, 2007

Kelahiran ke-3 : episod 1

Tanggal 28 Sept 07, 5.30ptg, selepas 3 hari hidayah dimasukkan ke hospital,
'Ahmad Iskandar' selamat dilahirkan melalui pembedahan kerana ada komplikasi kesongsangan kedudukan..

Hari pertama & kedua kelahiran, dia dijaga oleh jururawat pd mlm hari, mlm terakhir dia dapat tidur bersama umminya(panggillan kepada hidayah oleh Ahmad),tapi disebabkan ahmad tak tahan sejuk penghawa dingin, dia terkena selesema..lalu umminya minta dipindahkan ke bilik biasa..

Ahmad(panggilan manja), bayi yang comel, memiliki lesung pipit di kedua belah pipinya yang tembam(mesti wajah yang manis),perisis wajah ibunya (orang tua-tua berkata seiras wajah ibu akan menyejukkan mata sesiapa yang memandang) memiliki sepasang mata kecil, hidung mancung, dan bibir merah mcm delima.. jari2 tangan yg halus.. sungguh gebu & wangi bayi ni..

Ahmad iskandar turut merupakan penyanyi bersuara suprano yang amat berbakat kerana nyaring tangisannya huih!!! heheh memeriahkan rumah, boleh didengar sampai ke rumah sebelah.. sekali dengar mcm bayi yg menangis kerana didera, tapi itulah Ahmad memang kuat suaranya.. tidak kurang seperti untie dia yg cute ni, turut memiliki suara suprano..(mmg berbakat keluarga kami)tapi nasib baiklah menangis sekejab sahaja, mendengar arahan juga apabila disuruh diam(agak2 kerana telah dilatih macam ayahnya seorang askar..)

episod Ahmad baru bermula, kelmarin doktor telah benarkan ahmad dan umminya balik ke rumah jiddah & jaddi Ahmad.. Irfan,Abg Sepupu ahmad (1.5tahun) begitu seronok, menyambut kepulangan ahmad, tak henti2 dia tersenyum dan mengikut sesiapa sahaja yang memegang ahmad.. danial mukhriz (2.5thn) turut merupakan abg sepupu ahmad kelihatan sedikit cemburu apabila ibunya memegang ahmad..

Sekarang aku telah memiliki 3 orang anak saudara yang kesemuanya adalah lelaki.. tahun ni lebih meriah kerana pakaian seragam berbaju melayu kuning telah ku hadiahkan kepada mereka..

apa yg seterusnya berlaku?? nantikan episod diminggu hadapan pula..

bersambung......